Kamis, 14 Februari 2013

Hadist Tentang Sindir Menyindir

Assalamualaikum :)

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu saling benci membenci, dengki
mendengki dan sindir menyindir. Jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah
yang bersaudara. Haram seseorang Muslim berkelahi dengan saudaranya
lebih dari tiga hari lamanya. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya Sesungguhnya Rasulullah
s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk,
janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar
orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian
yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang
bersaudara. [Bukhari & Muslim]

Diriwayatkan daripada Abu Ayub al-Ansari r.a katanya: Sesungguhnya
Rasulullah s.a.w bersabda: Haram bagi seseorang muslim berkelahi dengan
saudaranya lebih dari tiga malam, apabila keduanya bertemu saling
memalingkan mukanya. Sementara itu, yang terbaik di antara keduanya
adalah mereka yang mula mengucapkan salam. [Bukhari & Muslim]

Apa yang kita faham tentang budaya sindir -menyindir ni?Aku rasa zaman sekarang orang dah terbiasa sangat dengan budaya ni.Dari dulu sindir-menyindir seolah-olah sinonim dengan kita.Aku juga kadang-kadang menggunakan sindiran dalam penulisan.Tapi boleh ke nak menyindir kalau tak bersebab?Atau sekadar menyakitkan hati satu sama lain?Erk.Jum muhasabah!

Apa yang kita dapat simpulkan daripada hadis-hadis di atas ialah:
  • Jangan membenci antara satu sama lain
  • Jangan sindir-menyindir
  • Menggunakan perkataan yang baik apabila berkata-kata
  • Tidak menghebahkan perkara-perkara buruk seseorang
  • Tidak mengambil kesempatan keatas perniagaan orang lain
  • Tidak bergaduh sesama sendiri melebihi 3 hari
  • Sentiasa berkehendak menjadi orang yang pertama dalam mengucap salam
Jelas sudah daripada hadis-hadis tersebut, jadi kenapa kita nak membudayakan sindir-menyindir kan?Mungkin ada hati-hati yang keras, bila kita menegur secara berlembut mereka kurang untuk menerimanya, kerana sindir-menyindir adalah menggunakan ayat disebalik perbuatan mereka kadang-kadang mampu buat mereka sedar akan kesalahan mereka.ini semua bergantung kepasa individu macam mana nak mengaplikasikan nasihat tu kepada seseorang.

Kita dijadikan Allah bukan untuk dipersiakan.Tergalas dibahu kita satu tanggungjawab besar iaitu menjadi seorang khalifah yang mampu memakmurkan dunia.Kenapa?Kita dikurniakan akal untuk berfikir dan bertindak waras dalam setiap hal dan tindakan.Mana mungkin kita persiakan kewarasan yang dianugerahkan bukan?

Apa guna menyakiti satu sama lain?Lebih-lebih lagi dengan lidah.Sebab lidah lebih tajam daripada pedang.Mampu menghiris hati manusia hanya dengan berkata-kata.bisa bukan?Berapa ramai yang sudah berpecah belah hanya kerana kata-kata yang menyakitkan?Bak kata pepatah "Kerana pulut santan binasa, kerana mulut, badan binasa" Mampu merosakkan institusi kekeluargaan, persahabatan dan rakan sekerja.Wah, hebat betul mainan lidah kita.

Akhir sekali,maafkan kalau sebelum ini aku pernah menyakiti kalian.Mahupun dari sudut bicara ataupun penulisan. :) Sentiasa membersihkan hati, memelihara lisan dan berfikir sebelum bertindak.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar